Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian Mengikut Model ASSURE

 

RANCANGAN PENGAJARAN MODEL ASSURE

Tarikh                         : 18 Ogos 2011

Masa                          : 8.30 pagi – 9.30 pagi

Tahun                         : 4 Murni

Mata Pelajaran           : Bahasa Melayu

Tajuk                          : Alam Sekitar

 

Analyze Learners (Analisis Pelajar)

 

  1. 40 orang murid.
  2. 15 orang lelaki dan 25 orang perempuan.
  3. Berumur 10 tahun.
  4. Tahap kecerdasan murid normal.
  5. Pengetahuan sedia ada dan kebolehan murid:

Secara keseluruhannya, murid-murid sudah menguasai kemahiran mengeja, menulis dan membaca. Selain itu, murid-murid juga memiliki kebolehan dalam kemahiran lisan khususnya kemahiran mendengar. 

 

State Objectives (Menyatakan Objektif)

 

Pada akhir pengajaran murid dapat:

  1. Menyalin teks dengan menggunakan ejaan yang betul tanpa kesalahan yang melebihi 5 perkataan.
  2. Menyalin teks dengan menggunakan tanda baca yang betul tanpa kesalahan penggunaan tanda baca yang melebihi daripada 5 kesalahan.
  3. Menghuraikan sekurang-kurangnya dua pengajaran akibat tidak menjaga alam sekitar.

 

Select Media, Materials, and Methods (Pilih Media, Bahan dan Kaedah)

 

Semua media dan bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran adalah seperti senarai di bawah:

  1. Rakaman Video “Kitar Semula Selamatkan Bumi Kita”
  2. Teks daripada petikan yang bertajuk “Pencemaran”
  3. Liquid Crystal Display (LCD) Projector
  4. Slaid
  5. Kertas Sebak
  6. Kotak kertas yang mengandungi kepingan-kepingan kertas

 

Utilize Media, Materials, and Methods (Menggunakan Media, Bahan dan Kaedah)

 

  1. Rakaman Video “Kitar Semula Selamatkan Bumi Kita”.

Rakaman video ini digunakan dan dipaparkan semasa awal pengajaran iaitu pada langkah set induksi. Murid meneliti bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti tin minuman, botol kaca, surat khabar, kotak dan plastik.

  1. Teks daripada petikan yang bertajuk “Pencemaran”.

Petikan “Pencemaran” akan dibacakan oleh guru sambil diperdengarkan kepada murid semasa langkah pengajaran yang kedua. Murid akan menyalin semula petikan yang dibacakan oleh guru.

 

  1. Liquid Crystal Display (LCD) Projector.

Digunakan untuk menayangkan slaid kepada murid.

 

  1. Slaid

- Menayangkan beberapa perkataan bahasa Melayu yang dipinjam daripada bahasa

  Inggeris.

- Menayangkan kepada murid petikan “Pencemaran” yang telah

  dibacakan.

 

  1. Kertas Sebak

Digunakan semasa aktiviti berkumpulan. Murid menulis dua akibat tidak menjaga alam sekitar.

 

 

  1. Kotak kertas yang mengandungi kepingan-kepingan kertas.

Digunakan semasa aktiviti pengukuhan. Setiap kepingan kertas yang terdapat di

dalam kotak kertas tersebut tertulis sebaris ayat.

Require Learner Participation (Memerlukan Penyertaan Pelajar)

 

Set Induksi : (5 minit)

Murid menonton rakaman video  seperti yang dipaparkan di dalam rakaman video “Kitar Semula Selamatkan Bumi Kita”. Murid mengikut guru menyanyi sambil membuat pergerakan.

 

Aktiviti :

 

  • Mengeja perkataan (5 minit)

Aktiviti ini akan menguji sejauh mana tahap perkembangan perbendaharaan kata murid-murid. Murid-murid perlu mendengar perkataan-perkataan yang disebutkan oleh guru dengan teliti. Kemudian, murid perlu mengeja perkataan yang disebutkan oleh guru secara lisan. Guru menyemak jawapan murid sambil menunjukkan ejaan sebenar perkataan-perkataan tersebut (sungai, sampah, tin, botol, ikan dan sebagainya). Murid dikehendaki mencari perkataan-perkataan bahasa Melayu yang dipinjam daripada perkataan bahasa Inggeris.

 

  • Menyalin teks daripada sebuah petikan yang bertajuk “Pencemaran” (20 minit)

Secara individu, murid mendengar dengan teliti sambil menyalin teks yang dibacakan oleh guru. Dalam aktiviti ini, murid perlu menyalin dengan betul di samping mengenal pasti tanda baca yang digunakan dalam ayat dan menggunakannya dengan tepat. Aktiviti ini akan dapat memantapkan lagi kebolehan murid dalam kemahiran menulis serta lisan.

 

  • Membetulkan kesalahan ejaan dan tanda baca (15 minit)

Secara berpasangan, murid berbincang dan menyemak semula teks yang disalin dengan merujuk teks sebenar yang dipaparkan di hadapan kelas. Murid membetulkan kesalahan ejaan dan tanda baca dalam buku tulis. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat mendidik dan melatih murid untuk menyemak semula hasil jawapan supaya tidak berlaku sebarang kecuaian khususnya di dalam peperiksaan. Selain itu, murid-murid juga akan lebih peka terhadap kesalahan ejaan dan penggunaan tanda baca yang mereka lakukan.

 

 

  • Menghuraikan pengajaran yang terdapat dalam teks (10 minit)

Aktiviti ini dapat meransang minda murid untuk berfikir di samping dapat melatih murid untuk bercakap di hadapan kelas. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Murid-murid akan berbincang dengan ahli kumpulan masing-masing mengenai akibat tidak menjaga alam sekitar. Hasil perbincangan hendaklah merangkumi sekurang-kurangnya dua akibat dan ditulis di dalam kertas sebak. Wakil kumpulan perlu membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

*aktiviti tambahan

murid-murid keluar kelas dan diminta guru untuk mengutip sampah yang boleh dikitar semula seperti yang diminta guru iaitu barangan seperti kaca, plastik, kertas dan aluminium. murid-murid dikehendaki memasukkan barang yang dikutip ke dalam tong yang disediakan guru.

 

Penutup : (5 minit)

Secara berpasangan, murid A mengambil kertas undian di dalam kotak yang disediakan oleh guru. Murid A perlu membacakan ayat yang tertulis pada kertas undian kepada murid B. Murid B pula perlu mendengar sambil menyalin ayat yang dibacakan oleh murid A. Murid A tidak dibenarkan sama sekali memberi atau menunjukkan kertas tersebut kepada murid B. Apabila sudah selesai, murid B mengambil alih peranan murid A, begitu juga sebaliknya bagi murid A. Setelah kedua-duanya melakukan tugasan ini, murid-murid dikehendaki menyemak semula ayat yang ditulis oleh rakan dengan merujuk kertas undian masing-masing. Guru menjalankan pemantauan dan murid yang berjaya menulis ayat dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul akan diberi ganjaran. Guru membuat rumusan keseluruhan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

 

Evaluate & Revise (Menilai dan mengulangkaji)

 

Persembahan murid:

Bagi menilai penguasaan murid-murid dalam kemahiran menulis, guru akan membuat penilaian terhadap kesalahan-kesalahan ejaan dan penggunaan tanda baca yang dilakukan melalui aktiviti menyalin semula teks yang dibacakan oleh guru. Selain itu, guru juga dapat memantau dan menilai perkembangan kemahiran membaca dan lisan murid melalui aktiviti-aktiviti pengajaran yang disediakan. Cara murid bekerja dalam satu kumpulan juga perlu dititikberatkan dan dinilai sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan supaya kesemua murid dapat belajar secara aktif dan seterusnya mencapai objektif yang disasarkan pada akhir pengajaran. 

 

 

Keberkesanan media:

 

  • Adakah rakaman video “Kitar Semula Selamatkan Bumi Kita” mampu membantu tahap kesediaan belajar murid-murid?
  • Adakah teks yang diambil daripada petikan “Pencemaran” boleh membantu penguasaan murid dalam kemahiran mengeja dan tanda baca? Dapatkah guru menilai kelemahan murid melalui teks yang digunakan itu?

 

Persembahan guru:

  • Adakah sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar seperti yang dirancang?
  • Adakah murid-murid memberikan respon positif terhadap pengajaran yang dijalankan?
  • Adakah objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai?
  • Apakah cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk membaiki tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan?